KSPPJ 2006 | Suatu Pengenalan KSPPJ 2006 | Objektif KSPPJ 2006 | Tema & Logo KSPPJ 2006 | Jawatankuasa Penganjur KSPPJ 2006 | Acara KSPPJ 2006 | Peraturan & Pengadilan KSPPJ 2006 | Menarik Di Taiping KSPPJ 2006 | Pendaftaran

 
 
 
>> home
 
 
 
 
  Peraturan Permainan: Bola Jaring Veteran | Terbuka | Remaja


PERATURAN PERMAINAN BOLA JARING VETERAN / TERBUKA/ REMAJA

1. PENGANJUR
  Kejohanan di anjurkan oleh JIM Negeri Perak sebagai tuan rumah.
   
2. PENDAFTARAN DAN SYARAT PENYERTAAN
 
2.1 Terbuka kepada ahli JIM dan bukan ahli-ahli JIM.
2.2 Setiap negeri dikehendaki menyediakan satu pasukan bola jaring veteran , satu pasukan bolajaring terbuka dan satu pasukan bolajaring remaja.
2.3 Setiap pasukan adalah terdiri daripada 10 orang pemain termasuk 3 orang pemain simpanan.
2.4 Setiap negeri boleh mendaftarkan minimum 7 orang ahli JIM dan 3 orang bukan ahli JIM.
2.5 Pendaftaran peserta mestilah menggunakan borang pendaftaran yang di lampirkan.
2.6 Borang pendaftaran hendaklah di serahkan kepada pehak penganjur selewat-lewatnya 2 minggu sebelum pertandingan bermula.
2.7 Para peserta di minta menjaga akhlak sepanjang waktu karnival dan sentiasa mengwujudkan biah solehah.
2.8 Pihak PENGANJUR berhak untuk mengubah, menambah atau membatalkan jadual dan tempat pertandingan pada bila-bila masa tanpa rujukan atau kelulusan mana-mana pihak.
2.9 Keputusan PENGADIL adalah Muktamad.
   
3. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN
 
3.1 Pertandingan ini akan di jalankan mengikut undang-undang permainan yang sedang berkuatkuasa.
   
4. KATEGORI PERMAINAN
 
4.1 BOLAJARING TERBUKA (18 Tahun ke atas dengan 3 orang mesti berumur 35 tahun keatas).
4.2 BOLAJARING VETERAN (35 Tahun ke atas).
4.3 BOLA JARING REMAJA (13 – 18 Tahun)
   
5. SISTEM PERTANDINGAN
 
5.1 Pertandingan akan di jalankan secara kalah mati
   
6. JADUAL PERTANDINGAN
 
6.1 Penganjur berkuasa untuk menetapkan tarikh, masa dan tempat perlawanan dan berhak membuat pindaan pada bila-bila masa apabila perlu tanpa memberi alasan pada mana-mana pasukan terlibat.
6.2 Pengundian jadual permainan akan di lakukan di awal pertandingan oleh ketua atau wakil setiap pasukan.
6.3 Perlawanan adalah mengikut jadual kumpulan masing-masing.
   
7. PAKAIAN PEMAIN
 
7.1 Pemain di kehendaki memakai pakaian yang menepati syarat menutup aurat.
7.2 Memakai pakaian dan kasut yang bersesuaian dengan permainan.tapak kasut yang berpaku tidak di benarkan.
7.3 Pemain tidak di benarkan memakai sebarang barang kemas atau apa-apa barang yang merbahaya kepada diri sendiri dan orang lain.
   
8. MASA PERLAWANAN
 
8.1 Masa perlawanan ialah 7 minit bagi tiap separuh masa dengan rehat 5 minit diberikan.
   
9. PAKAIAN PERMAINAN
 
9.1 Setiap pasukan perlu menyediakan sebiji bola perlawanan yang menepati spesifikasi : bolajaring yang berukuran 27-28 inci,berat antara 14-16 auns.
9.2 Pengadil perlawanan akan menentukan bola yang akan digunakan untuk permainan.
9.3 Setiap pasukan dikehendaki membawa 2 set bip yang berlainan warna untuk pasukan. Set warna yang akan di pakai pada hari perlawanan bergantung kepada perbincangan dengan pasukan lawan.
   
10. ETIKA PERMAINAN
 
10.1 Pengurus pasukan bertanggungjawab memastikan pemain pasukan dan penyokong menjaga adab-adab dan tingkah laku yang dihormati berdasarkan adab-adab Islam dan semangat kesukanan yang tulen.
   
11. BANTAHAN
 
11.1 Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengisi borang yang disediakan dalam masa 2 jam tamat sesuatu perlawanan dengan disertakan wang bantahan sebanyak RM 50 dan tidak akan dikembalikan.
   
12. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN
 
12.1 Segala perkara yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan ini atau soal perbezaan tafsiran akan di putuskan oleh Jawatankuasa Penganjur dan semua keputusan itu adalah MUKTAMAD.

   
  KSPPJ 2006

Home
Pengenalan
Objektif
Tema | Logo
Jawatankuasa Penganjur
Acara Dipertandingkan
Peraturan
Pendaftaran
Menarik Di Taiping
Penginapan & Mengenai Taiping
Pelan Lokasi Pusat Latihan Telekom
Pelan Lokasi Padang Permainan

  Tarikh

Tarikh
3 (Sabtu) dan 4 (Ahad) Jun 2006

Masa
7.00 pagi Sabtu (3 Jun)
Hingga 4.00 petang Ahad (4 Jun)


Pendaftaran
Mula Jumaat 2 Jun, jam 3.00 ptg.
(Pihak urusetia pendaftaran akan menunggu ketibaan kontinjen sepanjang malam hingga hari sukan)

  Tempat

Tuan rumah KSPPJ 2006 ialah JIM Perak. Gelanggang utama ialah di Pusat Latihan Telekom , Taiping.

  Tema

JIM Cergas
Dakwah Meluas

  Perhubungan

Jawatankuasa Penganjur KSPPJ 2006 boleh dihubungi di emel azizwok@yahoo.com.sg

Webmaster boleh dihubungi melalui jimedia1@gmail.com


 
 

JIMedia | KSPPJ | JIM | KIMB | JKPR | KARISMA 
© JIMedia 2006. All rights reserved.